Monday, August 3, 2009

crank, beras perang, minyak masak dan air..


dh lama tak update..just nk berkongsi hasil pengalaman dalam pemakanan sihat sesuai dengan aktiviti cycling aku dan kelab. kami di bimbing utk makan makanan yang sihat supaya selari dengan cycling. jika berkayuh sehebat mana atau beribu kilo sekali pon jika tidak menjaga pemakanan akibatnya adalah usaha yang sia-sia seperti fatamorgana di tanah yang datar.

Jadi, pemakanan yang sedang kami amalkan sekarang ialah nasi ditukar ke beras perang. sila google utk tahu khasiat beras peran g VS beras putih. ternyata kita selama ini makan beras yang tiada khasiat melainkan kanji semata. setelah ditukar beras, cara pemakanan yang mesti dijaga ialah minum 1 jam sebelum dan 1 jam selepas makan. Rasionalnya makanan akan tercerna dengan sempurna jika tidak dicampur air ketika proses penghadaman( nutrient dapat diserap dengan efektif). Kami juga dimestikan mengunyah sekurangnya lebih 40 kali atau selumat2 yg mungkin ( sunnah Nabi kunyah 44 kali) rasionalnya supaya makanan lumat dan dicampur dengan saliva(air liur) secara sekata dan proses penghadaman dalam perut dapat berjalan dengan lancar. Pengambilan kopi adalah sangat2 tidak digalakkan bagi seorang cyclist apatah lagi merokok ( dulu aku smoker, dan sekarang sudah berhenti). Bimbingan pemakanan yang lain ialah kurangkan makanan bergoreng ( goreng pisang favourite tuuu..sekarang dh puasa beli). aku search kt google ternyata minyak yg sesuai utk dimakan adalah Extra Virgin Olive Oil ( EVOO) atau Virgin coconut oil ( ni dulu atuk aku selalu buat minyak sendiri).

Nah, seperti susahkan?...kena berpuasa banyak perkara. Sebenarnya bukan senang untuk jadi sihat. Untuk aktif memang ramai yang boleh buat tapi untuk sihat bukan mudah. Ini pengalaman yg aku selalu lihat ialah ramai cyclist merokok ( perumpamaan seperti orang yang solat 5 waktu tapi mencuri, membunuh..ect..)...

semoga kita dirahmati Allah...

Giant ATX Pro

No comments:

Post a Comment